Tuesday, November 30, 2010

Member of Kawin Mall



Impian hampir terlaksana...

Setelah 2 tahun beraksi dalam pelbagai majlis di sekitar Melaka dan Johor, Ilham Galeri Perkahwinan dan Katering IGPK) telah membuka satu lagi sayap perniagaan iaitu solekan dan andaman.  Kalau sebelum ni kami menggunakan khidmat teman-teman seperjuangan untuk memberikan khidmat solekan dan andaman pengantin, insyallah bermula Dis 2010 kami akan mempunyai galeri pelamin, busana pengantin, jurumekap sendiri.  Nantikan sahaja pembukaan rasmi butik andaman dan katering kami dalam penghujung Disember ini!!!  Buat masa ini butik kami masih dalam proses ubah suai, kami sendiri akan ke Jakarta untuk menempah semua busana perkahwinan pada 13-16 Dis, bagi mempelai yang ingin berbaju baru atau info-info lain bolehlah hubungi kami atau lawati laman web kami di: http//ilhamgaleriperkahwinan.weebly.com.

Insyallah kami berjanji akan memberikan khidmat terbaik kami pada semua pelanggan.  Jangan lupa lawati laman web kami dan pembukann IGPK pada penghujung Disember ini...